Tuesday, April 19, 2011

Pizza Hut Wow Savers with 50% Discount

 

PizzaHut-WeeklyHighlight-April-2011-EverydayOnSales-Warehouse-Sale-Promotion-Deal-Discount

PizzaHut is back with their special promotions this month!  Check out their Pizza Hut Wow Savers with 50% discount from Monday to Friday. There will be a total different set of promotion daily from monday to friday. So you can enjoy different types of meal and beverages on your lunch hour now while you are working. Share this with your colleague and friends and have a great time dining at pizza hut today!

Read more … Pizza Hut Wow Savers with 50% Discount

You might also like:

Warehouse Sale   Sales Promotion   Sale in Malaysia

1 comment:

  1. KENA TIPU!!!

    Surat khabar hari ini( 2 Mei hari isnin) memaparkan iklan di atas, apabila saya dan keluarga saya membawa potongan surat khabar tersebut ke Pizzahut Sentosa Klang untuk menjamu selera. Saya berasa teramat marah, bukan saya sahaja, malah ramai lagi pelanggan juga terasa kena tipu! Staff pizzahut menyatakan bahawa hari ini adalah hari cuti umum, tiada diskaun, lalu saya menujnjukkan iklan dalam surat khabar itu kepada mereka dan bertanya, dimanakah perkataan yang menyatakan "tidak termasuk cuti am". Saya juga menunjukkan bena besar yang tergantung di luar kedai pizzahut tersebut, semua itu tidak ada perkataan 'Tidak termasuk cuti am". Maka saya meminta manager untuk jelaskan, saya juga menelifon Area Managernya Pn. Halimaton (019-3846059) untuk penjelasan, beliau juga memberikan jawapan yang sama. Saya berasa sungguh kecewa dan meminta satu dokumen hitam putih daripadanya untuk penjelasan tersebut, jika tidak, saya akan membawa kes ini ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, alangkah sedihnya mereka masih kekal dengan pendirian asal. Mereka menunjukkan satu dokumen "internal memorandum" daripada HQ Pizzahut kepada mereka. Saya menyatakan bahawa itu adalah "internal memorandum', bukannya kepada pengguna. Malah di atas menu juga tidak dinyatakan " tidak termasuk cuti am", staffnya menyatakan bahawa sepatutnya ada satu stiker di atas menu tersebut, maka saya bertanya, 'dimanakah stiker yang sepatutnya ada itu?'
    Memandangkan semakin ramai pelanggan yang terasa tertipu telah meninggalkan kedainya, lalu mereka baru lekatkan notis kecil 'tidak termasuk cuti am' tersebut di depan pintu masuk pizzahut.
    Saya mengambil gambar benanya dan menunya, lalu saya memberitahu mereka saya akan melaporkan hal ini kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, staff mereka tidak pedulikan kami sekeluarga dan kami pun beredar dari kedai tersebut.
    Sebagai sebuah syarikat francais yang besar, tidak sepatutnya melakukan kesalahan yang begitu besar dan ini akan meninggalkan imej yang tidak baik kepada pelanggan, tambahan pula kedai pizza tumbuh bagai cendawan di Malaysia, tidaklkah saya mempunyai pilihan lain? Ayuh! Praktiskan Hak pengguna kita, rakyat Malaysia.

    Pengguna yang ditipu

    ReplyDelete